ARTIKEL

Awasi gelombang kedua!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjangkakan gelombang kedua Covid-19 bakal berlaku di Sarawak sekiranya rakyat tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau meminta semua pihak untuk terus berjaga-jaga dan memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP bagi setiap aktiviti sosial dan ekonomi yang dibenarkan sebelum ini.

“Setakat semalam terdapat lima kes baharu sejak seminggu yang lepas.

Sebelum ini kita 11 hari berturut-turut tiada kes dan berada dalam zon hijau, namun selepas kes tersebut, Kuching kembali menjadi zon kuning.

“Malah telah wujud satu kluster baharu di Sarawak iaitu Kluster Syarikat Kejuruteraan di Kuching.

Ini menunjukkan virus ini sudah ada dalam masyarakat. Oleh itu kita mahu kawasan zon hijau terus kekal hijau,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika temu bual secara langsung di Radio Sarawak FM kelmarin.

Mengenai pembukaan semula aktiviti harian, katanya, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyedari cabaran, bahawa masyarakat perlu patuh kepada SOP.

“Selama 11 hari tiada kes dilaporkan dan ini menyebabkan rakyat memikirkan kita dalam keadaan yang baik.

“Maka ada pihak yang tidak bertanggunjawab tidak mengamalkan SOP sehingga ada yang berjabat tangan dan berpelukan.

Jadi kita ingatkan kepada semua bahawa virus ini masih ada di Sarawak,” tegasnya.

Dedah beliau lagi, rakyat harus berpandangan bahawa SOP bukanlah semata-mata untuk tujuan undang-undang, tetapi ia lebih kepada kesihatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha