ARTIKEL

Dipenjara jika gagal bayar kompaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Individu yang gagal membayar denda kompaun RM1,000 dalam masa yang ditetapkan bakal berdepan hukuman penjara.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menerusi satu kenyataan menegaskan, seramai 1,360 individu di seluruh Sarawak dikenakan kompaun dalam tempoh 18 Mac hingga 26 Julai lalu.

“Kuching menunjukkan jumlah saman tertinggi iaitu 361, diikuti Sibu sebanyak 152, dan Miri sebanyak 149 saman.

“Kompaun perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari, jika tidak dibayar dalam tempoh itu maka pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah,” tegas beliau.

Menurutnya, antara kesalahan yang paling banyak dikenal pasti sepanjang operasi adalah di bawah Peraturan 3 , Peraturan-Pe raturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020 dan PPPPB 10.

Ujarnya, pesalah yang gagal membayar denda kompaun akan dihadapkan ke mahkamah bagi perbicaraan dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU