ARTIKEL

Iktiraf hak rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMATAN: Kerja pengukuran tanah merupakan komitmen kerajaan Sarawak untuk mengiktiraf hak rakyat. Ia bukan dilakukan atas desakan politik seperti didakwa sesetengah pihak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerja pengukuran tanah bukan perkara baharu, malah dilakukan sejak 1960-an.

Awang Tengah berkata, “kerajaan sentiasa mengiktiraf hak rakyat jika terbukti, tapi terdapat kes tuntutan tidak munasabah seolah-olah tanah keseluruhannya dimiliki dia seorang sahaja.

Bercakap pada majlis penyerahan surat hak milik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Kampung Pueh pada Rabu Awang Tengah berkata, jika penduduk ikhlas dalam tuntutan, kerajaan pasti membantu sebaik mungkin.

Awang Tengah mengimbau semasa beliau masih Menteri Muda bersama-sama arwah Tok Nan, beliau menjalankan inisiatif mengukur kampung tradisi yang sudah wujud 100 tahun seperti Kampung Surabaya yang tidak mempunyai surat hak milik tanah.

Kini, menurut Awang Tengah usaha pengukuran tanah itu diperluaskan ke bahagian lain di Sarawak.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, meminta penduduk kampung tradisi yang masih belum disukat mengemukakan permohonan kepada Jabatan Tanah dan Survei.

Demi efisien dalam pengukuran tanah Awang Tengah memperkenalkan kaedah baharu pada Oktober 2010 yang dilaksanakan secara dua peringkat.

Peringkat pertama, pengukuran perimeter dan pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri sebagai Rizab Komunal Bumiputera Pertanian.

Peringkat kedua pula, pengukuran secara lot individu dan pengeluaran surat hakmilik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri dilaksanakan.

Menurut beliau, melalui pengukuran kaedah baharu ini kerja ukur mencapai sekitar 934,288 hektar atau 2.3 juta ekar berjaya dilaksanakan di peringkat pertama dengan 753,456 hektar atau 1.8 juta ekar diwartakan.

Dengan kaedah baharu ini, tanah NCR dapat diukur secara purata seluas 103,809 hektar setahun atau meningkatkan hampir 20 kali ganda berbanding kaedah lama.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,