ARTIKEL

Penyokong bola akan dibenarkan hadir ke stadium

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan membentangkan protokol pengurusan penonton kepada Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan untuk mendapatkan kebenaran kehadiran penyokong bola sepak ke stadium.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican optimis penyokong dapat kembali menyaksikan aksi pasukan kegemaran masing-masing dalam masa terdekat jika pihaknya dapat meyakinkan MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung protokol tersebut.

Beliau berkata keyakinan itu hadir selepas melihat pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan pasukan terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan konsep gelembung sukan pada aksi minggu pertama Liga-Malaysia (Liga-M) hujung minggu lalu. Sebagai permulaan, Reezal Merican berkata ia akan dilaksanakan di satu atau dua stadium sebelum diperluaskan ke stadium-stadium lain yang menjadi venue saingan Liga-M.

“Sudah tentu ia memerlukan satu SOP yang lengkap. KBS dah sediakan SOP itu, kita akan perhalusi mekanismenya bersama MFL pada Khamis ini sebelum dibawa ke MKN.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Mac 2021

BERITA LAIN

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Final Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada 2023 selepas mara ke final Terbuka

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual