Wanita ejen Black Market ditahan

KUCHING: Seorang wanita ditangkap kerana menjalankan kegiatan Black Market di sini, semalam.

Suspek berusia 23 tahun dari Taman Indah Landeh dicekup ketika sedang menjual loteri haram di Pasar Mini Gemilang, Matang.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan, suspek ditangkap oleh pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menerusi Ops Dadu.

“Wang tunai sebanyak RM147 turut dirampas daripada suspek termasuk seunit telefon bimbit dan sekeping kertas bertulis angka disyaki kata laluan pemain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya suspek ditahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Hasil rampasan daripada seorang wanita yang menjual loteri haram di Pasar Mini Gemilang, Matang.

 

Suspek disyaki menjual Black Market ditahan dalam Ops Dadu IPD Padawan, semalam.