Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Batu Lintang masih di bawah See Chee How

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: See Chee How sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Adun Batu Lintang setelah menewaskan empat calon lain dengan undian sebanyak 4,420.

Beliau yang merupakan ahli majlis tertinggi dalam Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu telah menang majoriti sebanyak 93 undian dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 kali ini.

Manakala calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sih Hua Tong hanya memperoleh undian sebanyak 4,327 diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan 1,570; Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cherishe Ng Phuai Hui 1,823; dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Alex Leong Shaow Tung mendapat sebanyak 187.

Keputusan rasmi tersebut telah diumumkan oleh Zuraida Idris sekitar jam 9.49 malam ini.

Terdahulu, Chee How turut memenangi kerusi tersebut selama dua penggal berturut-turut iaitu pada tahun 2011 dan 2016.

Beliau mengalahkan lawannya Sih dan Lina Soo pada masa itu di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan jumlah undian sebanyak 10,758 pada Pilihan Raya Negeri 2016.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

1 Jun 2023

Berita Terbaru