ARTIKEL

Nikmat makan kek hantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CANTIK dan menawan, itu reaksi pertama saya apabila melihat karya tangan pelajar lepasan Politeknik Kuching, Nur Shafiqah Aqilah Suharddiyatono yang menghasilkan kek pelbagai corak dan gaya untuk dinikmati.

Melihat hasil karya gadis berusia 25 tahun ini, mengingatkan saya mengenai salah seorang peserta Masterchef Australia musim ketujuh, Reynold Peornomo.

Dalam rancangan realiti itu, Reynold dinobatkan sebagai raja pencuci mulut kerana berjaya menghasilkan hidangan pastri yang sentiasa menarik hati juri.

Namun, kali ini saya bukan bercerita tentang Reynold tetapi saya kagum adanya anak Sarawak yang mampu menghasilkan pencuci mulut bertaraf restoran lima bintang.

Jika di restoran lima bintang terdapat tiga hidangan yang ditawarkan untuk dinikmati oleh pelanggan iaitu savuri (pembuka selera), hidangan utama dan pencuci mulut.

Pencuci mulut akan menentukan sama ada hidangan cef itu berjaya atau tidak kerana ia berfungsi sebagai penutup kepada kenyang perut senang hati.

Kembali kepada Shafiqah Aqilah yang berasal dari Kampung Pulo, dia mahir membuat kek dan pencuci mulut mengikut cita rasa pelanggan.

Menurutnya, keistimewaan produknya ialah 100 peratus hasil tangan yang diadun dengan bahan-bahan segar.

“Selalunya saya akan tanya kos pelanggan terlebih dahulu. Saya akan memberi beberapa cadangan kepada pelanggan sekiranya mereka menghadapi kekangan kewangan.

“Matlamat saya supaya setiap pelanggan dapat menikmati kek atau pencuci mulut yang mereka idamkan,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Shafiqah sentiasa menggalakkan pelanggannya membuat tempahan terlebih dahulu untuk memudahkan persiapan dilakukan kerana dia amat menitikberatkan soal kualiti.

Oleh kerana minat, dia banyak mempelajari kaedah membakar kek atau membuat pencuci mulut serta berusaha menepati cita rasa pelanggannya.

“Semasa belajar di Politeknik, saya mengambil jurusan elektrik dan terjun ke bidang pastri selepas habis belajar.

“Selepas tiga tahun saya menceburi bidang ini, saya tidak menang tangan menerima tempahan daripada para pelanggan,” jelasnya.

Bersemangat mencuba sesuatu yang baharu membuatkan dia kini mencuba mencipta produk cakesicles atau dengan bahasa mudahnya, kek berupa ais krim.

“Saya akan hias hidangan pastri cantik-cantik kerana saya sendiri suka sesuatu yang cantik, jadi pelanggan saya pun begitu.

“Produk yang paling digemari oleh pelanggan saya ialah kek hantu (ghost cake), terdiri daripada campuran, kek, krim keju, coklat ganache apabila bahan-bahan ini serasi di lidah dan lelangit,” tegasnya.

Anak pertama daripada empat adik-beradik ini, sentiasa mengucap syukur kerana setiap hari beliau menerima tempahan kek daripada para pelanggannya.

“Harga kek hari jadi saya tawarkan pada pelbagai harga bergantung kepada saiz kek terbabit mengikut permintaan pelanggan.

“Jika tidak banyak tempahan, saya akan buka tempahan kepada pencuci mulut seperti kek lava, pavlova, brownies dan tart keju yang turut bergantung kepada pakej disediakan.

Orang ramai yang ingin mencuba kelainan kek atau pencuci mulut daripada kebiasaannya boleh menghubungi Shafiqah Aqilah di talian 011- 31767916 untuk sebarang tempatan atau pertanyaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha