ARTIKEL

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler di Jalan Pesisir Bintulu – Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Tiga maut manakala tujuh lagi cedera apabila kereta jenis Fortuner yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di KM42 Jalan Pesisir Bintulu – Miri, di sini, awal petang tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian jam 1.45 petang itu dikenali sebagai Nuai Anak Bakar, 24,Gensa Anak Unggau, 36, dan Lengidi Anak Koling, 58.

Sementara mangsa cedera dikenali sebagai Fhiymina Alicia Cendu anak Ngindang, 23, Billy Beti anak Jelaing, 5,Tera anak Bow, 56, Jelaing anak Bakar, 35 tahun, Ngindang anak Bau, 61(pemandu Fortuner), Esther, 1 serta seorang lagi yang belum diketahui identitinya.

Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan identitinya belum diketahui.

Sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai PB Azman Johari bersama sebuah kenderaan FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian untuk tugas menyelamat.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan manakala mangsa yang maut  diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Operasi ditamatkan pada jam 3.05 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili dalam kenyataan ya berkata kemalangan maut itu berlaku semasa kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dipandu oleh Ngindang bergerak dari arah Bintulu ke Miri semasa melalui satu selekoh telah hilang kawalan lalu masuk laluan bertentangan dan merempuh bahagian kiri hadapan sebuah lori treler sebelum terbabas ke bahu jalan.

Impak kemalangan itu menyebabkan Ngindang mengalami kecederaan di kepala manakala tiga penumpang wanita(Nuai, Lengidi dan Gensa) tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala penumpang mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital Bintulu untuk mendapat rawatan lanjut.

Akibat pertembungn tersebut, katanya, Toyota Fortuner mengalami kerosakan teruk ekoran terbalik.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Limbang selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kuching.

 

 

 

 

 

 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu