LIMBANG: Kepelbagaian kaum, agama dan budaya di Sarawak perlu diraikan bersama agar kesatuan itu terus terpelihara.
Adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, bulan Ramadan walaupun ia untuk mereka yang beragama Islam, namun agama lain turut meraikannya melalui pelaksanaan sesuatu program.
Ujarnya, Sarawak merupakan negeri yang terdiri daripada kepelbagaian kaum, agama dan budaya. “Kepelbagaian itu perlu kita raikan bersama agar semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat akan terus subur.
“Oleh itu, kerajaan merancang pelbagai program berbentuk keagamaan untuk membolehkan agama dan bangsa lain turut sama meraikannya,” ujarnya.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Apr 2021



