ARTIKEL

1.3 juta pelancong direkodkan ke Sarawak Januari hingga April tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 1.3 juta pelancong berkunjung ke Sarawak dengan jumlah pendapatan pelancongan sebanyak RM3.27 bilion direkodkan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata jumlah pelancong yang dicatatkan ini (1.3 juta) meningkat sebanyak 315.41 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020.

Beliau berkata, ia adalah usaha kementeriannya dalam menjadikan Sarawak mencapai lebih tiga juta ketibaan pelawat sekali gus menjangkakan Sarawak menjana RM7.25 bilion dalam resit pelancongan pada tahun ini.

“Pelancongan antarabangsa dijangka meneruskan pemulihannya pada tahun 2023, manakala pelancongan domestik akan terus menyokong prestasi keseluruhan.

“Ini didorong oleh permintaan pelancong mencari aktiviti terbuka, produk berasaskan alam semula jadi dan pelancongan luar bandar,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan menteri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli