ARTIKEL

Dayah Bakar lancar lagu Orang Ketiga di YouTube awal November

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengacara Dayah Bakar bakal melancarkan lagu baharu berjudul Orang Ketiga menerusi saluran YouTube rasminya pada awal November ini.

Penyampai berusia 37 tahun yang bernama sebenar Nur Hidayah Abu Bakar itu sebelum ini menerbitkan dua single, iaitu Imam pada 2018 dan Jarak pada 2023 seperti dilapor Bernama.

Menurut Dayah, projek peribadi tersebut sudah diusahakan sejak kira-kira tiga tahun lepas, selaras dengan minatnya terhadap muzik yang terbit sejak zaman persekolahan.

Lagu hasil sentuhan penyanyi, komposer dan penerbit muzik Indonesia Ilham Baso itu mengangkat kekecewaan individu yang dikhianati selepas banyak berkorban, namun lulusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu menegaskan ia tiada kaitan dengan rumah tangganya.

Dalam pada itu, Dayah mengamalkan gaya hidup aktif termasuk bermain bola pikel, senaman sawat injak dan kettlebell, sekali gus menurunkan berat badan kepada sekitar 67 kilogram daripada 75 kilogram dengan sasaran 65 kilogram.

BERITA LAIN

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

3,050 kanak-kanak terima manfaat di 110 pusat SeDidik

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) terus memperkukuh pembangunan awal kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti dan peluang