ARTIKEL

Gambar hiasan

1.35 juta bayi lahir hidup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Filipina mencatatkan sebanyak 1.35 juta bayi lahir hidup pada 2024, yang diterjemahkan kepada kadar kelahiran kasar (CBR) sebanyak 12 kelahiran bagi setiap seribu penduduk, lapor Xinhua berdasarkan data terbaharu Pihak Berkuasa Statistik Filipina (PSA).

Dalam tempoh sedekad lepas, pendaftaran lahir hidup merosot sebanyak 22.1 peratus daripada 1,744,767 pada 2015 kepada 1,358,989 pada 2024, menurut PSA pada Isnin.

Agensi itu turut menyatakan bahawa penurunan sebanyak 6.2 peratus diperhatikan pada 2024 berbanding 1,448,522 pendaftaran lahir hidup yang direkodkan pada 2023.

Data menunjukkan jumlah bayi lelaki yang dilahirkan adalah lebih ramai berbanding bayi perempuan sepanjang tahun berkenaan.

Kelahiran bayi lelaki berjumlah 705,714, merangkumi 51.9 peratus daripada keseluruhan pendaftaran lahir hidup, manakala bayi perempuan seramai 653,275 atau 48.1 peratus.

Ini menghasilkan nisbah jantina semasa kelahiran iaitu 108 lelaki bagi setiap 100 perempuan, menurut PSA. – Bernama-Xinhua 

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU