ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

1 maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di New York

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah di Bronx, pada Isnin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada pertikaian antara dua kumpulan remaja yang menggunakan pengangkutan berkenaan.

Menurut laporan media,  seorang pengguna kereta api berusia 34 tahun terbunuh, manakala dua remaja antara mangsa yang cedera.

Ketua transit di Jabatan Polis New York Michael Kemper menyifatkan kejadian itu sebagai kes terpencil.

Polis tempatan masih berusaha mengenal pasti sekurang-kurangnya seorang lagi penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan