ARTIKEL

1 tradisi budaya terancam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI, INDIA: Jawatankuasa Antara Kerajaan UNESCO bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara mengklasifikasikan kraf tangan seramik purba Naiupo dari Paraguay serta 10 amalan budaya lain sebagai terancam, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pada mesyuarat tahunan di ibu negara India, New Delhi, pada Selasa, jawatankuasa organisasi kebudayaan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu itu memutuskan untuk menyenaraikan 11 kemahiran dan bentuk budaya tersebut dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara yang memerlukan perlindungan segera.

Senarai itu merangkumi alat muzik tradisional bertali dari Balkan yang dikenali sebagai Gusle dan kemahiran bermainnya.

Unsur lain termasuk tarian kerohanian Mwazindika masyarakat Daida di Kenya dan teknik pembinaan rumah luar bandar jenis quincha yang diperbuat daripada tanah liat di Panama.

Yodel Switzerland dicalonkan sebagai warisan budaya.

Menurut komuniti dan negara yang terjejas, tradisi tersebut memerlukan langkah segera untuk memastikan ia terus hidup, menurut laman sesawang UNESCO.

Penyertaan dalam senarai warisan budaya yang memerlukan perlindungan segera itu bertujuan membantu mereka mendapatkan sokongan antarabangsa.

Sesi ke-20 jawatankuasa berkenaan akan berlangsung sehingga Sabtu.

Persidangan selama seminggu itu memberi tumpuan kepada kemasukan ke dalam satu daripada tiga senarai warisan budaya.

Tahun ini, pakar turut menilai 55 pencalonan untuk Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan, termasuk yodel di Switzerland, selain satu cadangan untuk Daftar Amalan Perlindungan Baik, menurut UNESCO. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU