ARTIKEL

10.6 juta rakyat terima BPN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Setakat ini, jumlah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 bilion, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 bilion.

Selain itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei katanya, semasa menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan, termasuk Bernama TV.

Ini berikutan ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran BPN atas pelbagai sebab, antaranya maklumat yang diisi tidak lengkap.

“Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan.

Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

“Ada juga antara yang memohon merupakan pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar, jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak,” katanya.

Muhyiddin menambah, selain menghantar e-mel, para pemohon yang mengalami permohonan tidak diluluskan, mereka boleh hadir sendiri ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan bermula Isnin 11 Mei.

“Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada Selasa, 12 Mei.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan ,tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya