KUCHING: Seramai 10 gadis cantik bakal berentap merebut gelaran Dayung Gawea Tematu 2019 pada 22 Jun nanti.
Mereka terdiri daripada Nancy Elfira Stephen, 21, dari Kampung Tematu, Agnes Anastasha Amat, 24, dari Kampung Jagoi Bogag, Kimberly Alta Thomas, 27, dari Kampung Emperoh Jambu, Sue Zane Melanie, 22 dari Kampung Segubang, Jaydylia Anna Charles, 19, dari Kampung Tijirak.

Selain itu ialah Melvienna Vianney Regud, 18, dari Kampung Bawang, Jacline Sahfica Brucly, 18, dari Kampung Tematu, Irine Yap Hui Xin, 19, dari Kampung Bumbok, Michelle Perai , 18, dari Kampung Benuk dan Eve Isabelle Ronald Bujeng, 19, dari Kampung Benuk.

Menurut pengerusi penganjur John Pata James Jumin, pertandingan ini bersempena Karnival Gawai Tematu 2019 dan Bitanding Dayung Gawea Tematu pada 21 hingga 22 Jun 2019.

“Pemenang Dayung Gawea Tematu 2019 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,700, mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.

10 finalis yang akan berentap dalam pentas akhir bagi merebut gelaran Dayung Gawea Tematu 2019.

“Manakala pemenang kedua dan ketiga akan masing-masing menerima wang tunai RM1,400, RM1,100, mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.

“Pemenang saguhati juga membawa pulang wang tunai RM100, hamper dan sijil penyertaan,” katanya yang dihubungi, hari ini.

John Pata menambah pertandingan bagi Malam Bakat atau ‘Talent Night’ akan diadakan pada 21 Jun (Jumaat) jam 7.30 malam.

Bagi pemenang Miss Talent, Miss Tourism, Miss Popularity, Miss Photogenic, Miss Best Costume dan Miss Traditional, masing-masing akan membawa pulang RM200, trofi dan selempang.

Dalam pada itu, John Pata berkata pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang karnival seperti Pertandingan Onak Dayung Gawea Tematu 2019 (Si Cilik), Pertandingan Birogong (Muzik Tradisional) dan Tarian Tradisional Bidayuh.

Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada orang ramai sehingga 9 Jun.

Manakala dua pengunjung (lelaki dan wanita) yang hadir menyaksikan pentas final dengan berpakaian tradisional (Bidayuh, Iban atau Orang Ulu) juga berpeluang memenangi hadiah.

Maklumat lanjut boleh berhubung dengan John Pata (019-8259395) atau Tara (016-8723336).

Suara Sarawak