ARTIKEL

ANGGOTA penyelamat meninjau kawasan persekitaran semasa ope-rasi mencari bot laju yang membawa lapan orang termasuk lima warta-wan, yang hilang pada 7 September di perairan Selat Sunda. | AFP

10 hari tanpa petunjuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Operasi mencari lima wartawan, dua kru bot dan seorang pemandu arah yang hilang di Selat Sunda memasuki hari ke-10 pada Khamis, tanpa sebarang petunjuk mengenai mereka atau bot laju yang dinaiki setakat ini, sementara pihak berkuasa meluaskan kawasan pencarian.

Ketua Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banten Rizky Dwianto berkata, pencarian kini meliputi perairan dari sekitar Selat Sunda hingga ke Laut Hindi menghala ke Pulau Enggano di luar pantai barat daya wilayah Bengkulu, Sumatera.

“Kawasan pencarian telah diperluas kepada 8,509 batu nautika persegi, dengan sejumlah 24 kapal daripada pelbagai agensi bersiap sedia di 10 sektor.

Kesemua kawasan yang dibahagikan kepada 10 sektor ini terletak di lokasi iaitu bot atau individu yang dicari itu mungkin telah hanyut,” katanya, menurut Agensi Berita Antara.

Operasi SAR itu, yang melibatkan 523 anggota daripada Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) serta agensi lain, dilanjutkan tiga hari selepas operasi awal tujuh hari berakhir tanpa menemukan kelapan-lapan individu berkenaan.

Wartawan yang hilang ialah Muhammad Bagus Khoirunnas daripada Antara, Firdaus Wajidi (Agensi Anadolu), Ari Basuki (Merdeka.com), Yudistiro Pranoto (iNews) dan wartawan bebas Donal Husni manakala individu lain ialah kru bot Warta dan Surakman serta pemandu arah Heriyanto.

Kumpulan itu dilaporkan hilang pada 7 September ketika membuat liputan mengenai letusan Anak Krakatau di Selat Sunda yang memisahkan Pulau Jawa dan Sumatera.-Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU