ARTIKEL

10 pendaki masih lesap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AGAM: Beratus-ratus penyelamat Indonesia bergegas untuk mencari 10 pendaki yang hilang selepas letusan gunung berapi yang mengorbankan 13 orang.

Tiga belas pendaki yang mati ditemukan pada Isnin berhampiran kawah Gunung Marapi di pulau Sumatera, dengan pegawai penyelamat mengumumkan 11 kematian pada hari yang sama dan dua lagi pada Selasa. Pendaki yang lain ditemui hidup dan dibawa menuruni gunung dalam usaha menyelamat yang sukar dihalang oleh letusan berterusan dan cuaca buruk.

Gunung berapi itu memuntahkan menara abu 3,000 meter ke langit lebih tinggi daripada gunung berapi itu sendiri pada Ahad.

“Jumlah keseluruhan orang yang maut pada masa ini ialah 13 orang. 10 pendaki yang hilang masih dicari,” kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Padang, Abdul Malik, kepada AFP, sambil menambah mayat dua pendaki lagi ditemukan lewat Isnin.

Lima daripada yang maut telah dibawa turun gunung untuk pengecaman manakala lapan mayat lagi telah ditemu dan dibawa turun dalam beg mayat, katanya.

Imej yang dikongsi oleh agensi mencari dan menyelamat negara Basarnas menunjukkan pasukan enam penyelamat berjaket jingga dan topi keras membawa mayat menuruni gunung berapi.

Menurut pegawai, gunung berapi itu masih meletus pada pagi Selasa sekalu gus menghalang usaha menyelamat yang dilakukan lebih 200 anggota.

Penyelamat cuba untuk melakukan pemindahan secara manual, berjalan ke puncak gunung berapi dan memindahkan mangsa menggunakan pengusung kerana letusan berterusan dan jarak penglihatan yang teruk, kata pegawai penyelamat tempatan Hendri yang seperti kebanyakan rakyat Indonesia menggunakan satu nama.

Ketua pos pemantau Marapi, Ahmad Rifandi, memberitahu AFP pada Selasa ia telah memerhatikan lima letusan dari tengah malam hingga 8 pagi waktu tempatan (0100 GMT). “Marapi masih sangat aktif. Kami tidak dapat melihat puncak gunung kerana ia dilitupi awan abu,” katanya.

Abu gunung berapi masih berjatuhan di sekeliling pos maklumat di kaki gunung dengan Marapi masih tidak kelihatan, menurut seorang wartawan AFP. Ketua agensi vulkanologi Indonesia, Hendra Gunawan, berkata Marapi berada di tahap kedua sistem amaran empat peringkat sejak 2011, dan zon pengecualian tiga kilometer telah dikenakan di sekitar kawahnya.

Dia kelihatan menyalahkan pendaki kerana pergi terlalu dekat dengan kawah, berkata agensi itu tidak mengesyorkan aktiviti manusia di zon itu, dan menekankan bahawa kesan teruk dilaporkan bagi mangsa dalam jarak satu hingga 1.5 kilometer dari kawah.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU