ARTIKEL

100 anak RISDA sertai Tuisyen Rakyat dan Seminar Motivasi SPM 2022

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ABDUL Karim menyampaikan sijil kepada guru dan pelajar sambil disaksikan oleh Rubiah Wang dan Shaharuddin Saberi (kanan). Foto RAMIDI SUBARI

KOTA SAMARAHAN: Kira-kira 100 pelajar dari generasi muda pekebun kecil yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat manfaat Program Tuisyen Rakyat dan Seminar Motivasi SPM 2022 peringkat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bahagian Samarahan.

Kesemua pelajar terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siburan, SMK Taie, SMK Tarat, SMK Lundu, SMK Lubok Antu, dan SMK Tebakang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program tersebut bertujuan menyediakan peluang pembelajaran asas kepada generasi muda pekebun kecil bagi memastikan golongan ini tidak ketinggalan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

“Melalui program ini, saya yakin dan percaya generasi muda pekebun kecil akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan kemampuan mereka dalam bidang pendidikan.

“Inilah keistimewaan RISDA yang telah diwujudkan hampir 50 tahun yang lalu dalam berhadapan dengan pelbagai zaman dari era mencabar. RISDA komited memastikan kemajuan komuniti pekebun kecil terus dibela dan dipelihara,” katanya ketika berucap sekali gus merasmikan program Tuisyen Rakyat dan Seminar tersebut di Bangunan RISDA Samarahan, hari ini.

ABDUL Karim dan kenamaan lain merakam gambar kenangan bersama-sama dengan peserta Tuisyen Rakyat dan Seminar Motivasi SPM 2022 Peringkat RISDA Bahagian Samarahan. Foto RAMIDI SUBARI

Menurutnya, RISDA Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM275,000 dengan melibatkan sebanyak 22 buah sekolah seluruh negeri Sarawak.

Dalam perkembangan berlainan, beliau mengesahkan Skim Insektif Produktiviti Getah (SIPG) melibatkan peruntukan RM118,000 telah memanfaatkan seramai 280 orang pekebun kecil di Sarawak dan 68 daripadanya merupakan Bahagian Samarahan.

Menerusi Program Hasil Baharu serta Pembangunan Usahawanan pula katanya, seramai 180 pekebun kecil telah menerima manfaat melibatkan 16 orang mendapat Program Agromakanan dan 164 daripada Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).

Sementara itu, Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Datuk Rubiah Wang dalam ucapan aluannya berkata, usaha tersebut menjadi bukti kerajaan Keluarga Malaysia telah memberikan komitmen kepada pekebun kecil RISDA menerusi program pembangunan dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat kuar bandar sentiasa diutamakan.

Tegasnya, selaras dengan visi menjadi agensi peneraju kemajuan pekebun kecil, RISDA telah menyediakan pelbagai program termasuk program Pembangunan Tanam Semula Getah, Produktiviti dan Pemasaran Getah, Hasil Baharu dan Keusahawanan.

“Melalui program ini (Tuisyen Rakyat), pendidikan pelajar luar bandar dapat ditingkatkan setaraf dengan pendidikan pelajar di bandar ke arah peningkatan sosio ekonomi keluarga,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah RISDA Sarawak Shaharuddin Saberi.

BERITA LAIN

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

BERITA TERBARU

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga