ARTIKEL

100 guru dilatih dalam projek Maths PLUS, beri impak kepada 80,000 pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 100 guru sekolah rendah menerima latihan menerusi projek Mathematics Pedagogical Learning, Understanding and Support (Maths PLUS) yang bakal memberi impak kepada 80,000 pelajar negeri ini. 

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, program pendidikan yang berlangsung selama empat tahun, bermula Julai 2023 hingga Julai 2027 merupakan kerjasama antara Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) dengan kementeriannya. 

Menerusi program tersebut, katanya sebanyak 24 sesi libat urus membabitkan Sukarelawan Antarabangsa Singapura (SIV) sepanjang empat tahun tersebut. 

“Malaysia dan Singapura berkongsi hasrat yang sama dalam mempromosikan pendidikan yang berkualiti.

“Projek ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB iaitu kualiti pendidikan dan perkongsian untuk pembangunan mampan,” katanya berucap merasmikan Maths Plus di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, di sini hari ini.

Roland berkata, kementerian sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam memastikan guru-guru negeri ini sentiasa mendapat latihan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPB). 

Menurutnya, ia bagi memastikan guru-guru ini mendapat sokongan dalam memastikan pelajar mereka berjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Pelajar yang terlibat akan mendapat manfaat daripada pelajaran yang menarik yang akan meningkatkan prestasi mereka dalam matematik,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, hanya 32.05 peratus pelajar di Sarawak mendaftar aliran STEM, jauh berbanding 60 peratus yang ditetapkan.

Katanya, hanya 20 peratus pelajar mengambil aliran sains tulen manakala 12.05 peratus mengambil aliran Latihan Teknikal dan Vokasional.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaaee dan Datuk Francis Harden Hollis, Pengarah Bahagian Program Yayasan Antarabangsa Singapura Jaryll Chan dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha