ARTIKEL

100 pengamal media, kakitangan PUSAKA sertai boling persahabatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 23 pasukan berentap dalam pertandingan persahabatan Tenpin Boling anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), hari ini.

Berlangsung di Megalanes Emart Batu Kawa, pertandingan yang terdiri daripada campuran kira-kira 100 peserta dalam kalangan kakitangan PUSAKA dan pengamal media Sarawak itu dirasmikan oleh Pengurus Besar Pusaka Datuk Hashim Bojet.

Menurut Hashim, pertandingan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Pusaka bersama pihak media.

ERAT… Hashim (tengah) bersama para peserta pertandingan persahabatan Tenpin Boling di gelanggang Megalanes Sarawak Emart Batu Kawa.

“Terima kasih atas sokongan kepada rakan strategik Pusaka iaitu para pihak media kerana hadir menyokong usaha kita dalam mengekalkan kerjasama antara kedua-duanya,” katanya.

Pertandingan bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir kira-kira pada jam 11.30 pagi.

Antara agensi media yang hadir ialah daripada Rancangan Televisyen Malaysia (RTM), Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Turut hadir memeriahkan suasana pertandingan ialah pengamal media dari Utusan Borneo, Suara Sarawak, New Sarawak Tribune, The Borneo Post, dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Manakala pada sebelah malam, Pusaka turut menganjurkan Majlis Malam Apresiasi Media di Riverside Majestic, Kuching.

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU