ARTIKEL

Kecewa dapat hadiah hari jadi BMW, pemuda buangnya ke sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

YAMUNAGAR: Kereta BMW agak mewah bagi kelas dan golongan tertentu, tetapi mungkin dipandang sebelah mata oleh seorang pemuda anak si kaya di Yamunagar, India.

Sebaik sahaja mendapat hadiah kereta BMW sebagai hadiah hari jadinya, pemuda itu membuang keretanya masuk sungai.

Harga kereta BMW di India adalah sekitar 3.5 juta rupee (RM207,000). Harga jaguar ialah 4 hingga 5 juta rupee (RM236,000 hingga RM300,000).

Sebuah video viral di media sosial merakamkan kejadian pemuda tersebut marah kerana hanya mendapat kereta BMW sebagai hadiah hari jadi daripada ibu bapanya, sebaliknya bukan kereta
Jaguar seperti dimintanya.

Menurut India Today, pegawai polis memberitahu IANS, pemuda itu membuang kereta BMW-nya ke sungai dan merakam video untuk dimuat naik di media sosial.

Melalui video tersebut, tampak BMW putih tersangkut di atas rumput tinggi di sungai. Namun, kemudian pemuda yang dikatakan anak orang kaya itu berusaha mengeluarkan keretanya dari sungai dengan bantuan penyelam setempat.

Polis Haryana menyiasat kes ini.

YouTube player

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan