ARTIKEL

Israel serang Syria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pejabat berita SANA milik Syria melaporkan Israel pada Rabu melancarkan serangan ke atas wilayahnya Tel Haraa, di Dataran Tinggi Golan.

Tapak tersebut merupakan bekas penempatan operasi tentera Rusia yang selama ini prorejim Presiden Bashar al-Asad.

Sumber Barat menyebut wilayah perebutan Israel-Syria itu kini menjadi tapak dikuasai Syiah Hizbullah yang pro-Iran.

Sumber diplomatik menyebut Israel sememangnya menyasar kumpulan Hizbullah di situ dan jika berita ini disahkan ia menjadi serangan terbesar rejim Israel setakat ini.

Reuters memetik SANA, serangan itu menyebabkan kerosakan harta benda, tetapi tiada korban jiwa disahkan.

Sebelum ini penasihat keselamatan Israel, Amerika Syarikat dan Rusia bertemu di Tel Aviv dengan AS dan Israel meminta Moscow menarik diri dalam pakatan pasukan Iran.

Israel didakwa melancarkan ratusan serangan ke Syria beberapa tahun terakhir ini.

Pada Jun lalu, Syria mendakwa berjaya menembak jatuh beberapa peluru berpandu Israel yang menyasar Tel Haraa.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU