ARTIKEL

10,145 peribahasa Iban dalam buku Jaku’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yayasan Tun Jugah menerbitkan buku baharu bertajuk Jaku’ Dalam Edisi Baru (Edisi Semakan Buku Peribahasa).

Penerbitan ini adalah tambahan terkini kepada senarai komprehensif Yayasan bagi penerbitan penting mengenai pengetahuan dan bahasa Iban.

Tujuan penerbitan buku ini adalah untuk mendokumentasikan senarai lengkap peribahasa Iban yang berjumlah 10,145, di mana 681 daripadanya adalah peribahasa baharu.

Sebanyak 9,464 peribahasa telah diterbitkan dalam penerbitan terdahulu bertajuk Jaku’ Dalam Edisi Satu (Buku Peribahasa Edisi Pertama) terbitan 2006.

Diharapkan penerbitan ini dapat menjadi sumber rujukan yang kaya kepada pentadbir, ahli politik, profesor, pensyarah, guru, pelajar dan masyarakat umum.

Buku yang mempunyai kulit keras dan mengandungi 744 muka surat itu berharga RM100 senaskhah.

Ia boleh dibeli atau ditempah daripada Yayasan Tun Jugah, Aras 4, Bangunan Tun Jugah, 18 Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi 082-239672 (Tel Pejabat) dan 082412185 (Faks).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha