ARTIKEL

Petugas SPR membantu pengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Johor Bahru

1,076 pusat mengundi Johor dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,076 pusat mengundi dengan 4,889 saluran dibuka serentak pada 8 pagi ini bagi membolehkan 2.7 juta pemilih berdaftar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Bernama, proses pengundian bagi memilih kerajaan baharu dijadual berlangsung hingga 6 petang, manakala beberapa pusat mengundi di kawasan tertentu ditutup lebih awal bermula 11 pagi.

PRN kali ini menyaksikan 172 calon bertanding bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), melibatkan saingan empat penjuru di 12 kerusi, tiga penjuru (27) dan satu lawan satu (14).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan kadar keluar mengundi sekitar 70 peratus, dengan keputusan penuh dijangka diumumkan seawal 10 malam.

Tinjauan mendapati proses pengundian berjalan lancar dengan kawalan keselamatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke