ARTIKEL

PEMANTAUAN… Peter J melakukan tinjauan harga bekalan SHMMP Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di Kuching Sentra, di sini, hari ini sambil diiringi Bong Kuet Fong. | FOTO RAMIDI SUBARI

11 barangan di bawah skim harga kawalan Tahun Baharu Cina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 11 barangan disenaraikan di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2024 di Sarawak, berkuat kuasa bermula 6 hingga 14 Februari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (KPPN) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Peter J Berinus Agang berkata, tempoh pelaksanaan adalah selama sembilan hari di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

PEMANTAUAN… Peter J melakukan tinjauan harga bekalan SHMMP Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di Kuching Sentra, di sini, hari ini sambil diiringi Bong Kuet Fong. | FOTO RAMIDI SUBARI

‘’Antara barangan adalah udang putih berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram; ikan bawal putih berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor; daging babi bahagian dan babi hidup,

‘’Selain itu, kobis bulat import dari Indonesia dan China tidak termasuk Beijing; ubi kentang import dari China; bawang putih; halia tua import; lobak putih tua import serta lobak merah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ‘Walkabout’ sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di pasar raya H&L , Kuching Sentral di sini, hari ini..

‘’Sementara harga maksimum ditetapkan untuk SHMMP TBC 2024 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di www.kpdn.gov.my,’’ jelasnya.

Hadir sama, Ketua Sekyen Penguat Kuasa, KPDN Adyzam Abdul Manap serta Pengarah H&L Bong Kuet Fong.

BERITA LAIN

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan