ARTIKEL

Kredit: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah

118 mangsa banjir di Penampang dipindahkan ke PPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Seramai 118 mangsa daripada 41 keluarga telah dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara di Penampang pada pagi ini susulan kejadian banjir akibat hujan lebat berterusan sejak lewat malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Penampang, Noemi Dyena John Tren, mengisytiharkan bencana tersebut secara rasmi pada jam 10.40 malam tadi berdasarkan maklumat daripada agensi berkaitan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan Kompleks Sukan Penampang menempatkan 40 mangsa, Dewan Huguan Siou menempatkan 31 mangsa, Penampang Parish Hall menempatkan 29 mangsa, dan St Paul Kolopis menempatkan 18 mangsa.

Kenyataan rasmi menyatakan paras air Sungai Moyog kini berada pada tahap kritikal iaitu 9.12 meter yang melepasi paras bahaya serta menjejaskan 15 buah kampung dan 12 laluan utama di sekitar daerah tersebut.

Pihak berkuasa tempatan dan agensi keselamatan sedang memantau keadaan dari semasa ke semasa serta sentiasa melakukan kemas kini laporan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU