12 kubur dipindah akibat tanah susur

LINGGA: Sebanyak 12 kuburlama di Lingga dipindahkan ke tapak baharu ekoran ancaman tanah susur.

Adun Lingga Simoi Peri memberitahu, gotong-royong memindahkan kubur lama di seberang Kampung Lingga
sedang dijalankan.

“Setakat ini, sebanyak 12 kubur (rangka) telah dipindahkan dan disemadikan di Tanah Perkuburan Baru Lingga.

“Proses tersebut dilakukan secara bergotong-royong oleh pihak Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk,” katanya ketika meninjau proses tersebut di sini, semalam.

Jelasnya, kubur-kubur lama tersebut dipindahkan ekoran keadaan tanah yang semakin susur.

“Sebagai langkah mengelakan kejadian lebih teruk, maka saya telah berbincang dengan Jawatakuasa Pengurusan Masjid serta JKKK agar melakukan kerja gotong-royong.

“Saya akan menyediakan keperluan untuk tujuan tersebut dan mereka bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Saya berdoa semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala di atas keprihatinan dan komitmen penduduk dalam usaha murni ini,” ujarnya.

Suara Sarawak