ARTIKEL

120 orang golongan asnaf dan kurang berkemampuan disantuniSubhead – Program Ziarah Ramadan Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn. Bhd

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 120 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan dari sepuluh kampung di kawasan DUN Jepak menerima sumbangan bakul makanan serta bubur lambuk dalam program Ziarah Ramadan Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn. Bhd, di sini, pada Sabtu.

Kampung tersebut ialah Kampung Jepak Hilir, Kampung Jepak Hulu, Kampung Baru Sebuan Besar, Kampung Masjid Jepak, Kampung Warisan Jepak, Kampung Sungai Sebuan Besar, Kampung Sebuan Besar, Kampung Sebuan Kecil, Kampung Jepak Tengah dan Kampung Muslim Segan Tengah

Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jepak, Iskandar Turkee bersama-sama Pegawai Tugas- Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong Kai Seng serta penolong pengurus cawangan Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn. Bhd., Kong Jin Ann di padang futsal kampung berkenaan.

Iskandar menyampaikan sumbangan bakul makanan sumbangan Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn. Bhd kepada salah seorang penerima.
Iskandar mengagih bubur lambuk kepada orang ramai di hadapan padang futsal Kampung Warisan Jepak.

Menurut beliau, sumbangan tersebut bukan sahaja meringankan beban golongan memerlukan malah mencerminkan semangat kebersamaan dan nilai murni yang wajar dipupuk dalam masyarakat.

Iskandar turut menegaskan kepentingan kerjasama antara JKKK, KRT, pihak swasta, dan masyarakat setempat dalam memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir.

Beliau juga menyeru lebih banyak syarikat swasta dan badan korporat untuk tampil menyumbang demi kesejahteraan komuniti setempat.

Iskandar berharap inisiatif seperti ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk terus berbuat kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.

Sebanyak 600 pek bubur lambuk turut diagihkan kepada orang kampung di hadapan padang futsal kampung terbabit.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah