ARTIKEL

Samuel merakamkan gambar kenangan bersama ibu bapa dan penerima anugerah pelajar Dayak cemerlang.

122 terima anugerah pelajar Dayak cemerlang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 122 pelajar menerima Anugerah Pelajar Dayak Cemerlang sempena Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri ke-19 yang berlangsung di Auditorium Curtin Universiti, hari ini.

Kaunselor Samuel Liwat berkata, anugerah ini diberikan kepada pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2023 dan 2024.

“Kejayaan tidak datang bergolek, tetapi lahir daripada kesungguhan pelajar yang gigih belajar tanpa mengenal jemu.

Ia juga merupakan hasil sokongan ibu bapa serta guru yang sentiasa memberi dorongan sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mewakili Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau, di sini hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan, seramai 43 pelajar merupakan calon SPM 2023, diikuti 54 pelajar SPM 2024, dan 25 pelajar STPM 2023.

Samuel turut mengungkapkan rasa bangga terhadap pencapaian anak-anak Dayak yang berjaya, sekali gus menunjukkan potensi besar kaum ini dalam bidang akademik.

“Saya amat bangga melihat anak-anak Dayak mampu bersaing dan setanding dengan pelajar lain di seluruh negara.

Ini bukti bahawa kita juga mampu melahirkan modal insan yang cemerlang dan berdaya saing,” jelasnya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu