ARTIKEL

DSP MATHEW MANGGIE

13 Kutu Dadah Saratok Diseret Ke Mahkamah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seramai 13 individu yang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah sepanjang Disember 2025 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Saratok, semalam.

Kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Ferena Zainal Abidin.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP, Mathew Manggie berkata, pihaknya berjaya melengkapkan proses pendakwaan terhadap 13 individu tempatan terbabit pada Isnin.

“Sebelas individu mengaku bersalah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala dua lagi dituduh di bawah Seksyen 12(2) akta yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok akan memperkasakan Op Tapis bagi membanteras aktiviti berkaitan dadah di seluruh daerah ini.

Langkah tersebut tegasnya, selaras dengan arahan terkini pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dalam usaha membasmi aktiviti berkenaan secara menyeluruh.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha