KUCHING: Seramai 1,372 daripada 13,749 guru baharu merupakan anak Sarawak yang dilantik dalam Pengambilan Khas Sarawak telah berjaya ditempatkan di seluruh negeri ini.
KPM dalam kenyataan medianya berkata, pelantikan ini adalah hasil daripada usaha proaktif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi menangani isu kekurangan guru.
Tambah kenyataan itu, fokus utama KPM ialah untuk meningkatkan jumlah pengisian guru sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara.
Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan adalah Pengambilan Khas Guru Sarawak, bagi menangani isu kekurangan guru di negeri ini.
“Penempatan ini turut memberi impak besar terhadap kestabilan tenaga pengajar di seluruh negara.
“Pengisian guru sekolah rendah di seluruh negara adalah sebanyak 97.62%, manakala pengisian guru sekolah menengah di seluruh negara pula adalah 95.16%,” jelasnya mengenai rangkuman keberhasilan inisiatif dalam menangani isu kekurangan guru tersebut.


