ARTIKEL

Gambar hiasan. | Freepik.com

14 maut dipanah petir di Malawi dalam tempoh dua minggu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LILONGWE (Malawi): Empat belas orang maut akibat dipanah petir di Malawi dalam tempoh dua minggu lalu, manakala kira-kira 8,000 rumah musnah ketika negara Afrika Tenggara itu terus dilanda hujan lebat, menurut pegawai pengurusan bencana pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA), Wilson Moleni, berkata kematian dan kemusnahan itu dilaporkan di pelbagai kawasan di seluruh negara.

“Namun memandangkan negara masih menerima hujan lebat, kemungkinan jumlah korban akan meningkat,” katanya pada sidang media di Lilongwe.

Beliau berkata pihaknya berusaha untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat hujan berterusan.

“Kami menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika hujan masih berterusan bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa,” katanya.

Pada tempoh sama tahun lalu, sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 10,000 isi rumah hilang tempat tinggal akibat hujan lebat.

Pada 2023, Siklon Freddy meragut ribuan nyawa di kawasan selatan Malawi dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. Negara itu masih belum pulih daripada kemusnahan ekonomi akibat siklon tersebut.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, Malawi turut berdepan kekurangan makanan yang serius.

Bulan lalu, Presiden Malawi Arthur Peter Mutharika mengisytiharkan darurat bencana di semua 26 daerah dan merayu bantuan kemanusiaan segera, namun menurut DoDMA masih terdapat “kekurangan besar dalam pembiayaan” untuk menangani krisis tersebut. — Bernama

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU