ARTIKEL

1,400 peserta dari 14 negara sertai Regatta Bot Naga Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertandingan Regatta Bot Naga Antarabangsa Sarawak yang berlangsung hari ini sehingga 3 Nov di Tebingan Sungai Kuching berjaya menarik 1,400 peserta daripada 14 negara.

Pengarah Perlumbaan, Girlie Tan berkata penyertaan itu merupakan yang terbesar sejak pertandingan yang memasuki tahun ketujuh itu diperkenalkan.

“Pada kali ini terdapat 42 pasukan iaitu Amerika Syarikat menjadi negara yang menghantar penyertaan terbanyak manakala terdapat dua negara yang pertama kali menyertai pertandingan iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Myanmar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak permohonan sehingga 60 pasukan untuk menyertai pertandingan namun terpaksa dihadkan kepada 42 pasukan kerana kekangan masa dan tempat.

“Diharapkan pada tahun-tahun akan datang kita dapat memanjangkan lagi masa pertandingan supaya banyak lagi pasukan dapat sertai acara ini,” katanya.

Wang tunai berjumlah RM39,000 menjadi rebutan para peserta yang bertanding dalam lima kategori iaitu Terbuka 20, Lelaki 12, Wanita 12, Campuran dan Master.

Pasukan KL Barbarian yang akan mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Manila 2019 juga tidak ketinggalan untuk mengasah taring sebelum berangkat ke Filipina bagi memulakan kempen sukan terbesar di rantau Asia Tenggara itu. – Bernama

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil