ARTIKEL

145,000 warga Indonesia bekerja secara sah di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 145,000 warga Indonesia direkodkan bekerja secara sah di Sarawak setakat ini, kata Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Dr Abdullah Zulkifli.

Beliau berkata, majoriti tenaga kerja itu tertumpu dalam sektor perladangan, selain turut melibatkan bidang pembuatan serta pekerjaan berkemahiran tinggi termasuk akademik dan kehadiran pelajar dari negara berkenaan.

Katanya, Sarawak khususnya Kuching turut menjadi destinasi perubatan pilihan rakyat Indonesia, termasuk dari Kalimantan dan Jakarta, sekali gus mencerminkan hubungan erat di antara kedua-dua wilayah.

“Kedudukan Sarawak yang berkongsi lebih 1,000 kilometer sempadan darat dengan Kalimantan menjadikannya wilayah ini penting bagi Indonesia dari segi strategik dan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media di Bangunan Konsulat Jenderal Republik Indonesia di sini, malam tadi.

Beliau berkata di konsulat, keutamaan diberikan kepada perkhidmatan warga Indonesia, termasuk bantuan perundangan kepada mereka yang berdepan masalah serta penyediaan dokumen seperti pasport dan urusan imigresen.

Selain itu, katanya, konsulat turut mempergiat usaha memperkukuh kerjasama ekonomi di antara Sarawak dengan Indonesia, merangkumi sektor tenaga, pelaburan serta peningkatan jaringan pengangkutan darat dan udara termasuk laluan Kuching–Pontianak.

Beliau berkata usaha itu selari dengan gagasan Komuniti Ekonomi Borneo yang berpotensi memperkukuh aspek keselamatan makanan, tenaga dan kesejahteraan serantau, selain meletakkan pulau itu sebagai hab inovasi termasuk dalam pembangunan tenaga hidrogen dan teknologi rendah karbon.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke