ARTIKEL

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyempurnakan pelancaran LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian 2030 (SFR2030) di Kuala Lumpur, hari ini.

15 juta peranti disasar diurus secara lestari menjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 juta peranti disasarkan diurus secara lestari menjelang 2030 menerusi LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian 2030 (SFR2030) yang dilancarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hari ini.

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lima juta rakyat menerusi pelbagai program impak sosial yang akan dilaksanakan MCMC bersama dengan pemain industri.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata LESTARI memberi tumpuan kepada penggunaan semula, baik pulih dan naik taraf peranti bagi mengurangkan sisa elektronik serta kos pemilikan teknologi.

“Peranti yang masih boleh digunakan akan dibaik pulih dan digunakan semula, sekali gus membantu mengurangkan kos pemilikan peranti serta memperluas akses kepada teknologi, khususnya bagi golongan rentan dan berpendapatan rendah,” katanya.

Jelasnya, sasaran 15 juta peranti itu turut meliputi penggantian kepada teknologi lebih cekap dan kitar semula secara bertanggungjawab.

LESTARI menetapkan hala tuju kelestarian sektor telekomunikasi, penyiaran serta pos dan kurier hingga 2030, selain menyokong aspirasi pelepasan gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050.

Rangka kerja itu dibangunkan bersama-sama industri menerusi sesi libat urus membabitkan 116 peserta daripada 47 organisasi.

Tiga teras utama LESTARI ialah kelestarian iklim dan alam sekitar; impak sosial dan keterangkuman; serta teknologi dan inovasi.

Turut diperkenalkan ialah Net Zero & Circularity Alliance (NZCA), platform kerjasama industri bagi mengurangkan pelepasan karbon serta memperluas pengumpulan, penggunaan semula dan kitar semula peranti.

Sebanyak 15 organisasi daripada pelbagai segmen ekosistem digital turut menandatangani ikrar sokongan kepada LESTARI dan NZCA.

Pelaksanaan LESTARI akan dipantau secara berkala berdasarkan sasaran dan petunjuk yang ditetapkan bersama industri bagi memastikan hasil yang disasarkan tercapai.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU