ARTIKEL

Fatimah menyampaikan bantuan Hari Raya kepada salah seorang penerima sempena Majlis Sejambak Kasih di Hotel Dynasty di sini hari ini

150 golongan asnaf di Miri disantuni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 150 golongan asnaf di sekitar Bahagian Miri telah menerima bantuan Hari Raya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan tersebut adalah bertujuan bagi meringankan beban kewangan dalam menyambut Hari Lebaran, di samping membantu meningkatkan kualiti hidup keluarga yang kurang berkemampuan.

“Seramai 150 orang menerima bantuan Hari Raya berjumlah RM100 oleh JKMS.

“Sementara itu, baki penerima yang tidak dapat hadir pula, bantuan segera dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih anjuran JKMS di Hotel Dynasty di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan bahawa seramai 16,624 orang atau 31 peratus daripada penerima daripada penerima bantuan di negeri ini akan menerima sumbangan Hari Raya JKMS yang berjumlah RM1,662,400.

Jelasnya, dari bulan Januari hingga Mac tahun ini, JKMS telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM64,495350 kepada 54,321 penerima bantuan bulanan.

Pada masa sama katanya, penerima bantuan turut mendapat sumbangan hamper makanan bernilai RM150 setiap seorang membabitkan jumlah RM22,500 daripada pihak Dynasty Hotel.

Tambahnya lagi, selain Hari Raya, hotel tersebut juga berbesar hati menyumbang penganjuran bersama dua lagi Majlis Sejambak Kasih iaitu untuk perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) pada Februari lalu dan perayaan Hari Gawai akan datang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU