ARTIKEL

SERAH… Raymond Sim Hee Pang (dua dari kanan) menyerahkan piala kepada Haji Azizul Annuar Adenan (tiga dari kiri) pada majlis tersebut. Foto Faizal Bujang.

16 pasukan rebut gelaran juara Liga Lundu 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kempen Liga Lundu 2026 akan membuka tirai pada 15 Ogos ini dengan 16 pasukan berentap untuk memburu gelaran juara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.1 Opar, Billy Sujang berkata, pasukan bertanding mewakili pelbagai kelab dari dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu N.1 Opar dan N.3 Tanjong Datu.

“Himpunan pasukan terbabit menyaksikan lapan dari kawasan DUN N.1 Opar dan lapan pasukan dari DUN N.3 Tanjong Datu,” ujar Billy pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Piala Tajaan Lea Sports Centre (LSC) di premis LSC Sarawak Palaza sebentar tadi.

Simbolik penyerahan piala tersebut disempurnakan oleh Pengarah Urusan Lea Holdings (M) Sdn. Bhd., Raymond Sim Hee Pang.

Hadir sama ADUN N.3 Tanjong Datu, Haji Azizul Annuar Adenan dan Pegawai Daerah Lundu, Zulkarnain Ismail.

Pasukan terbabit ialah STP FC, Rayu Ville FC, Kesuka FC dan Belia Sileng (Kumpulan A).

Sealion FT, Sampadi FC, Maksak FC dan Rambungan FC (Kumpulan B).

LOGO RASMI… Haji Azizul Annuar Adenan dan Billy anak Sujang (tengah) bersama yang lain merakamkan gambar bersama selepas pelancaran logo rasmi Liga Lundu 2026. Foto Faizal Bujang.

Team Pembangunan N.1 Opar, Fadzio FT, AW1902 dan Seabird FT (Kumpulan C).

Batang Kayan United, Horis FC, Volcano dan Bajo Mix FC (Kumpulan D).

Menurut Billy, kejohanan terbabit menggunakan format liga kumpulan untuk peringkat awal dan dua pasukan terbaik layak secara automatik ke suku akhir.

Katanya, Kompleks Sukan Lundu dan Padang Bola Sepak Kampung Sebat merupakan gelanggang rasmi yang digunakan sepanjang kejohanan itu kelak.

Beliau menambah, hadiah wang tunai keseluruhan RM9,700 disediakan untuk saingan kali ini.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan pingat.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM3,000, piala dan pingat.

“Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000 dan RM700 selain piala dan pingat,” katanya.

Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN N.1 Opar, Pusat Khidmat ADUN N.3 Tanjong Datu, Pejabat Daerah Lundu, Pejabat Daerah Kecil Sematan dan menerusi sokongan LSC Sdn. Bhd.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU