ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Abdul Muttalib (tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama Rais (kanan) dan Gustin (kiri) selepas menyempurnakan Program Cergas Ceria Bersamamu Wanita Tahun 2024 serta Program Kelestarian Alam Sekitar dan Cakna Kesihatan Tahun 2024 di Salvation Army Community Complex, dekat sini, hari ini.

16 pasukan sertai Pertandingan Aerobathon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 16 pasukan menyertai Pertandingan Aerobathon sempena penganjuran Program Cergas Ceria Bersamamu Wanita Tahun 2024 anjuran Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

Timbalan Pengerusi MPKS, Kaunselor Abdul Muttalib Julaihi berkata pertandingan tersebut telah membawa satu kelainan dalam program bersamamu wanita kali ini.

Katanya, pertandingan itu juga sangat bermakna dalam usaha mempromosikan kesihatan, kesejahteraan, dan kecergasan melibatkan golongan wanita.

“Ini juga kerana, kita tahu bahawa wanita merupakan asas kepada Matlamat Pembangunan Mampan ketiga iaitu kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

“Saya juga sangat menghargai semua pihak yang hadir, kerana perkara ini membuktikan komitmen yang teguh untuk sentiasa menyokong agenda pemerkasaan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sekali gus menyempurnakan perasmian Program Cergas Ceria Bersamamu Wanita Tahun 2024 serta Program Kelestarian Alam Sekitar dan Cakna Kesihatan Tahun 2024 di Salvation Army Community Complex, dekat sini, hari ini.

Untuk rekod, antara peserta yang terlibat adalah wanita-wanita Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Samarahan dan Asajaya, ahli-ahli Persatuan Ekonomi Wanita Muara Tuang serta pelajar-pelajar SMK Kota Samarahan dan SMK Muara Tuang.

Menjelas lanjut mengenai program berkenaan, beliau memaklumkan bahawa pelbagai pameran daripada pihak berkuasa yang terlibat menunjukkan komitmen mereka terhadap pembangunan mampan yang holistik.

Hadir sama Pemangku Setiausaha Perbandaran MPKS Gustian Durani, Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmad, serta wakil yang lain.

Sekitar rakaman para peserta ketika mendengar ceramah betajuk “Gender Equality” oleh Florince.
Sekitar rakaman para peserta ketika mendengar ceramah betajuk “Gender Equality” oleh Florince.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak