ARTIKEL

SIMBOLIK… Fatimah (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian majlis. Turut bersama-sama beliau Rosey (kiri) dan Ayub (kanan).

163 guru institusi pendidikan awal kanak-kanak mahir guna bahasa isyarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemahiran bahasa isyarat dalam kalangan guru di SeDidik terus mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) sejak ia diperkenalkan sekitar 2021.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah juga berkata, ia juga menunjukkan perkembangan positif apabila sehingga kini seramai 163 guru di institusi pendidikan awal kanak-kanak itu mahir menggunakan bahasa isyarat.

Perkara tersebut katanya, dapat dilihat menerusi nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku yang turut menggunakan bahasa isyarat semasa majlis rasmi anjuran SeDidik.

“Alhamdulillah sejak ia diperkenalkan para guru dapat menunjukkan kemahiran masing-masing dalam bahasa isyarat ini.

“Selain itu, kita juga dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa anak-anak SeDidik mahir 
menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dalam bahasa isyarat semasa majlis rasmi, serta bahasa yang mudah digunakan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata dekimian ketika berucap sempena Majlis Apresiasi SeDidik sempena Ulang Tahun Ke-33 di Hotel Riverside Majestic, di sini, malam tadi.

Fatimah yang hadir turut menyempurnakan simbolik perasmian dan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 24 orang kakitangan SeDidik. Turut diraikan semasa majlis tersebut adalah sembilan kakitangan yang telah dan akan bersara.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus; Ketua Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KPWK merangkap Ahli Lembaga Pengarah SeDidik Sarawak Salina Bujang; Pengurus Besar SeDidik Sdn Bhd Ayub Dahari; serta wakil yang lain.

BERUCAP… Fatimah ketika berucap pada Majlis Apresiasi SeDidik sempena Ulang Tahun Ke-33 di Hotel Riverside Majestic, di sini, malam tadi.
ANUGERAH… Fatimah menyampaikan APC kepada salah seorang penerima kategori penyelia dan eksekutif iaitu Eksekutif, Unit Korporat dan Perhubungan Awam SeDidik Rajesh Basri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha