1,646 pesakit Covid-19 di Sarawak masih dirawat dan diasingkan di PKRC dan hospital

KUCHING: Seramai 1,646 individu yang dijangkiti Covid-19 di Sarawak masih mendapat rawatan dan diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) serta hospital di negeri ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,081 kes di bawah Hospital Sibu, 288 kes di Hospital Miri, 155 kes di Hospital Umum Sarawak, 86 kes di Hospital Bintulu, 35 kes di Hospital Kapit dan satu kes di Hospital Limbang.
“Terdapat 116 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (74), Hospital Miri (28), Hospital Umum Sarawak (8) dan Hospital Bintulu (6).
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 1,816 orang atau 51.90% dari jumlah
keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sementara, katanya 136 PUI baharu telah dilaporkan dan 73 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.