ARTIKEL

166 kes baharu, kes positif di Sarawak meningkat kepada 1,740 kes

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 1,740 kes susulan daripada 166 kes positif baharu dikesan, hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah itu, daerah Sibu merekodkan kes positif baharu tertinggi iaitu 94 kes, diikuti dengan Miri (48), Kuching (15), Beluru (4), Bintulu (3), Belaga (1) dan Samarahan (1).
“Bagi kes positif di Sibu, 88 kes disaring melibatkan Kluster Pasai, empat kes melibatkan kontak kepada kes positif Covid-19 sebelum ini dan dua kes lagi melibatkan lain-lain saringan Covid-19.
“Manakala 48 kes positif di Miri pula, tujuh daripadanya disaring balik dari kawasan berisiko jangkitan Covid-19 iaitu dua masing-masing di Kelantan dan Kuala Lumpur serta satu kes masing-masing di Labuan, Melaka dan Selangor.
“Selain itu, empat kes disaring melibatkan Kluster Sayap, Kluster Pasai (3), Kluster Stutong (1), saringan balik dari luar negara – Brunei (1) dan 32 kes lagi melibatkan lain-lain saringan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
JPBN menambah, bagi 15 kes positif di Kuching, 10 daripadanya adalah kes saringan balik dari kawasan berisiko jangkitan Covid-19 iaitu Selangor (5), Kuala Lumpur (2) dan satu kes masing-masing dari Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan.
“Dua daripada 15 kes itu disaring melibatkan Kluster Stutong, satu kes melibatkan Kluster Keranji Tabuan dan dua kes melibatkan lain-lain saringan Covid-19.
“Empat kes positif di Beluru dikesan melibatkan kontak kepada kes positif Covid-19 sebelum ini,” jelas JPBN.
JPBN memberitahu, bagi tiga kes positif di Bintulu, dua daripadanya dikesan melibatkan kontak rapat kes positif sebelum ini dan satu kes disaring balik dari kawasan berisiko jangkitan Covid-19.
“Satu kes positif di daerah Samarahan melibatkan Kluster Stutong dan satu kes lagi di daerah Belaga melibatkan Kluster Pasai,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha