ARTIKEL

16,995 warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebanyak 16,995 warga emas dari Bahagian Miri termasuk Bekenu telah memohon Kenyalang Gold Card (KGC), satu inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak bagi membantu golongan tersebut.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Rosey Yunus berkata, angka tersebut hanya 37.03 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 45,900 warga emas yang berada di Miri.

Tambahnya, sebanyak 156,726 pemohon KGC dicatat setakat 26 Jun yang mewakili 46.35 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Endowment Fund Sarawak (EFS), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Geran Tahunan Khas (GTK), KGC, dan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) di Pusat Khidmat Adun Bekenu, semalam.

“KGC yang merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak juga dilengkapi dengan BIK untuk membantu meringankan beban keluarga menanggung kos pengebumian,” katanya.

Rosey turut memaklumkan bagi memudahkan proses permohonan dan pembayaran EFS, BIB, GTK dan KGC, kementerian akan menggunakan kaedah digital melalui aplikasi iSarawak Care.

Percubaan bagi permohonan BIB akan diadakan pada 3 Julai depan, ujarnya.

Selain itu beliau berkata, Ketua Menteri dalam ucapan Belanjawan 2019 telah mengumumkan pemberian EFS sebanyak RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, bermula tahun lepas.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha