ARTIKEL

17 individu di Kuching dikompaun RM1000 ingkar SOP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING:  Kelekaan 17 individu menikmati hidangan namun tidak mengamalkan penjarakan sosial mengundang padah setelah premis makan mereka di Jalan Stutong dan Jalan Rock diserbu polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata, kesemua individu terbabit terus ditangkap dan diberi notis kompaun RM1,000 akibat didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut.

Menurutnya, tindakan tersebut dijalankan oleh pasukan pemantau khas dan polis daripada Tabuan Jaya di kedua-dua lokasi sekitar jam 2.15 pagi dan 5.40 petang.

“Hasil pemeriksaan berjaya menahan 17 pelanggan dikesan melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) dimana mereka gagal mengamalkan SOP penjarakan sosial.

“Kesemua individu terbabit terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita yang berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

LEKA… Walaupun sudah beberapa kali dihebahkan namun pemeriksaan pasukan polis di premis mendapati masih ada yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan

Susulan itu, katanya, kesemua mereka yang ditahan di bawah Peraturan 3 PPPPB (No.7) 2020 telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan pihaknya tidak lagi akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi SOP yang diperintahkan oleh kerajaan dalam membendung Covid-19 di negeri ini.

“Ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan di mana kita melihat orang awam semakin leka untuk mengikuti pematuhan SOP penjarakan sosial meskipun kes Covid-19 masih berlaku di sekitar Kuching,” hujahnya.

Awang Din selain itu turut menasihati kepada pemilik premis untuk memberi kerjasama dengan menekankan pematuhan SOP di kedai perusahaan masing-masing dalam membendung penularan wabak itu daripada terus berleluasa.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha