ARTIKEL

17 individu langgar PKP ditangkap di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 17 individu di negeri ini ditahan kerana telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari jam 8.00 pagi Sabtu hingga 8.00 pagi hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata daerah Padawan merekodkan tangkapan seramai enam orang.

“Ini diikuti dengan Kuching lima tangkapan, Limbang dengan tiga tangkapan dan Miri, Betong dan Lubok Antu masing-masing satu tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding jumlah sebelumnya dengan 33 tangkapan pada Jumaat hingga Sabtu.

Manakala jumlah keseluruhan tangkapan di seluruh Sarawak adalah seramai 2,004 individu sejak PKP berkuatkuasakan pada 18 Mac.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha