ARTIKEL

Abdul Karim

17 kerusi baharu DUN Sarawak perlu kelulusan Parlimen sebelum boleh dilaksanakan pada PRN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang diluluskan baru-baru ini perlu digabungkan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu dipersetujui di peringkat DUN tetapi masih memerlukan kelulusan Parlimen sebelum boleh dilaksanakan.

“Apa-apa yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu juga dibawa ke Parlimen.

“Ia mesti dibawa ke Parlimen dan Parlimen perlu meluluskannya. Kita masih ada masa,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Dayak Daily 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurutnya, penggal semasa hanya berakhir pada 2027 dan tempoh yang ada memberi ruang secukupnya untuk membolehkan cadangan 17 kerusi baharu itu dibincangkan serta diputuskan di peringkat Persekutuan.

“Saya percaya, jika mereka (Kerajaan Persekutuan dan SPR) mahu melaksanakannya, mereka boleh buat kerana kita masih 2025.

“Tahun depan juga kita masih ada masa,” jelasnya.

Katanya, cadangan penambahan kerusi berkenaan adalah sejajar dengan perkembangan populasi serta keperluan semasa bagi memastikan perwakilan rakyat di DUN lebih seimbang.

Abdul Karim menjelaskan, selepas kerusi baharu itu diwujudkan, soal pembahagian kepada parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan urusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semata-mata.

Katanya, pembahagian kerusi baharu itu akan ditentukan bersama secara konsensus melibatkan PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Beliau turut yakin GPS mampu menguruskan hal tersebut dengan baik, memandangkan setiap parti dalam gabungan mempunyai kerjasama erat dan pengalaman luas dalam menghadapi pilihan raya.

“Saya percaya apabila tiba masanya, semua presiden parti akan duduk berbincang dan mencapai kata sepakat mengenai kerusi baharu tersebut,” katanya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah