ARTIKEL

Uggah menyantuni mangsa banjir di PPS Kampung Bugey

17 kes tanah runtuh direkodkan di Serian dan Siburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Sebanyak 17 kes tanah runtuh direkodkan di kawasan Serian dan Siburan susulan hujan berterusan akibat Monsun Timur Laut, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah digerakkan bagi menilai keadaan semasa serta melaksanakan kerja pembaikan segera di lokasi terjejas.

“Inilah sebabnya kita memanggil JKR Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebelum ini.

“Kedua-dua agensi tersebut bertanggungjawab memastikan jalan yang terputus serta runtuhan cerun dapat dibaiki dengan segera bagi menjamin keselamatan dan kelancaran perhubungan penduduk terjejas,” ujarnya.

Menurut beliau, selain Serian, beberapa kawasan lain turut terjejas termasuk Baram, Kakus dan Selangau, melibatkan kerosakan jalan raya serta jambatan terputus, sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak sebelum ini telah mengambil langkah pencegahan di kawasan yang sering terjejas ketika musim tengkujuh.

“Tahun lepas sahaja, hampir RM300 juta dibelanjakan bagi menaik taraf pelbagai kemudahan fasiliti sebagai persediaan menghadapi musim monsun,” jelasnya.

Katanya lagi, dengan adanya media sosial, jalan yang rosak dapat dikenal pasti dengan lebih pantas dan JKR mahupun DID akan terus memberi respons untuk membaik pulih kawasan yang terjejas.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,