ARTIKEL

17 lagi individu dikompaun ingkar SOP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 17 lagi individu diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching atas kesalahan ingkar pematuhan prosuder operasi standard(SOP) yang ditetapkan kerajaan ketika berada di tempat awam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani memberitahu kesemua individu terbabit ditangkap hasil pemeriksaan pemantaun penguat kuasa di kawasan Bangunan Yung Phin Jalan Tan Sri Datuk Wiliam Tan, pusat hiburan Jalan Setia Raja, dan sebuah kedai makan di Jalan Setia Raja.

Menurutnya, aktiviti pemantauan di ketiga-tiga lokasi berkenaan dijalankan sepasukan polis dari Balai Polis Sekama, Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching.

“Kita telah menahan sembilan individu didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika menjamu selera di premis tersebut.

“Enam lagi individu turut dikompaun di sebuah bistro atas kesalahan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika sedang berhibur.

“Selain itu, dua individu lelaki tempatan juga dikesan oleh pasukan pemantauan tidak memakai pelitup muka ketika sedang menjalankan kerja-kerja ubah suai di sebuah bangunan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek yang ditahan merupakan 12 lelaki dan lima wanita warga tempatan dikenakan tindakan kompaun RM1 000 kerana tidak mematuhi SOP di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020.

Awang Din selain itu turut mendedahkan masih ada orang awam leka terhadap pematuhan SOP Covid-19 meskipun hampir setiap hari amaran terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) dihebahkan di media masa.

Dengan kes-kes terbaru Covid-19 yang dilaporkan di sekitar Kuching, beliau sekaligus menggesa masyarakat awam untuk berganding bahu dan berusaha dalam memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha