ARTIKEL

17 lelaki, 7 wanita warga asing ditahan jadi operator judi online

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 17 lelaki dan tujuh wanita warga asing ditahan kerana bekerja sebagai operator di pusat panggilan perjudian dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata kesemua suspek berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan dalam serbuah ke atas dua buah rumah berasingan di sebuah pangsapuri di Jalan Datuk Tawi Sli di sini semalam, yang dijadikan sebagai pusat operasi dan pengurusan judi dalam talian.

Katanya serbuan dijalankan oleh 19 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bersama sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Maong dan Balai Polis Satok dari jam 2 petang sehingga 10 malam.

“Kesemua tangkapan adalah operator pusat perjudian dalam talian yang beroperasi sejak dua bulan lepas, dengan bayaran gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

“Setiap mereka juga akan dibayar amaun sebagai bonus berdasarkan peratusan keuntungan yang diperolehi sindiket,” katanya pada sidang media di IPD Kuching, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pusat perjudian terbabit beroperasi 24 jam, dengan jumlah keuntungan sebanyak RM2,500 sehari.

Aidi berkata pasukan serbuan turut merampas 14 unit monitor komputer, 14 unit pemprosesan komputer (CPU), 17 unit telefon bimbit serta peralatan lain yang digunakan dalam menjalankan kegiataan perjudian dalam talian.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 serta penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya.

Manakala, katanya kesemua suspek warga asing terbabit ditahan di bawah Seksyen 51(5)(B) Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari bermula hari ini sehingga 5 Oktober nanti.

Aidi berkata operasi khas ke atas kegiatan perjudian dalam talian yang diaktifkan sejak Jun 2021 telah merekodkan 19 serbuan ke atas pusat panggilan dan tangkapan melibatkan 114 orang iaitu terdiri daripada 81 lelaki dan 33 wanita, dengan 69 daripadanya adalah warga asing.

“15 kes telah dituduh dan dijatuh hukum manakala empat kes lagi masih dalam siasatan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha