ARTIKEL

172 Sukarelawan Siswa ASEAN Jayakan Misi Perpaduan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Seramai 172 sukarelawan siswa dari Malaysia dan ASEAN termasuk lapan dari Vietnam, dan dua dari Singapura menyertai MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak 2025, satu inisiatif yang memupuk perpaduan dan kerjasama belia serantau.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia sebagai langkah memupuk perpaduan dan kerjasama belia serantau selaras dengan Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025.

“Misi sukarelawan siswa ini bertujuan membina jambatan antara komuniti dengan mempertemukan anak muda dari Semenanjung Sabah dan Sarawak.

“Peserta dapat berkongsi pengalaman, menimba kefahaman budaya dan menanam semangat kebersamaan melalui pelaksanaan projek komuniti seperti mengindahkan kawasan kampung, dapur komuniti, kem kepimpinan dan program saringan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau usaha ini bagi melahirkan generasi muda yang inklusif matang dan berperikemanusiaan.

“Perpaduan sejati tidak akan terjamin hanya dengan dasar atau kempen kerajaan, tetapi akan subur apabila rakyat khususnya anak muda memilih untuk memahami menghormati menerima dan meraikan perbezaan.

“Justeru teruslah menjadi ejen perubahan dan penyatu masyarakat dengan membawa semangat perpaduan ini ke universiti, ke tempat kerja, ke komuniti dan ke mana sahaja anda melangkah,” ujarnya.

Menjelas lanjut teras yang baik dan membina menjadikan generasi muda kini sebagai Belia Malaysia MADANI.

“Jadikan nilai kasih sayang hormat dan tanggungjawab sosial sebagai teras dalam setiap tindakan.

“Ini kerana di situlah terletaknya karakter sebenar Belia Malaysia MADANI,” tambahnya.

Tema “Perpaduan Melalui Kesukarelawanan” diangkat sebagai komitmen bahawa usaha membina Negara Bangsa.

Usaha ini digerakkan melalui penyertaan aktif rakyat, khususnya golongan belia di peringkat akar umbi dalam kerja khidmat masyarakat misi kemanusiaan dan aktiviti komuniti rentas budaya.

“Ia selaras dengan hala tuju Kementerian menerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS),” katanya.

Menurut rekod YSS, sehingga Oktober 2025 organisasi itu telah melaksanakan 86 Misi Sukarelawan dan melahirkan 2,284 alumni, termasuk 273 alumni dari ASEAN dan China sekali gus menegaskan peranan belia dalam memperkukuh perpaduan nasional melalui kesukarelawanan.

KENANGAN…Aaron Ago dan sukarelawan siswa merakamkan gambar bersama pada program tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha